Sintaksis
Definisi
Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik
yang mengkaji pembinaan ayat. Sesuatu ayat terbina daripada rentetan kata yang
digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa. Hal ini bermakna,
sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang yang menkaji hukum atau rumus
tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Menurut Nik Safiah Karim (2008),
sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai
kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan
dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam
sesuatu bahasa.
• Bidang ilmu bahasa
yang mengkaji proses pembinaan ayat.
• Melibatkan kajian
tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa
mengenai cara-cara penggabungan ayat.
• Selain itu, kajian
sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat
dan ragam ayat.
Frasa
Frasa Nama
Definisi frasa nama( FN ) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh
berdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi
sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa
Melayu terdiri daripada dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu
terdiri daripada:
a) FN + FN
b) FN + FK
c) FN + FA
d) FA + FS
Frasa nama boleh
terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Selain
konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama juga boleh
hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja
transitif dalam frasa kerja(FK). Contohnya:
a) Orang itu
memanggil saya.
b) Mereka semua
melambaikan tangan.
Satu lagi tempat yang
diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama.
Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsure dalam predikat frasa sendi
nama(FS). Contohnya:
a) Mereka di Kuala
Lumpur.
b) Hadiah itu
daripada Ahmad.
Binaan frasa nama boleh
terbentuk daripada kata nama juga, iaitu
kegiatan,aktiviti,tabiat,pekerjaan,perbuatan dan warna. Namun jika dipandang
dari sudut kehadirannya,jenis-jenis kata kerja dan kata adjektif dalam ayat
juga boleh dianggap sebagai inti subjek frasa nama. Frasa nama pada hakikatnya
dibentuk oleh kata nama,tetapi diperingkat kewujudannya inti frasa nama itu
dapat juga dibentuk oleh kata kerja dan kata adjektif.
Frasa
kerja.
Frasa kerja terdiri
daripada kata kerja inti atau kata kerja inti dengan unsur-unsur lain. Ada
lima unsur yang membentuk frasa kerja. Unsur-unsur tersebut ialah:
a) Kata kerja inti
( transitif dan tak transitif )
b) Kata bantu (
aspek dan ragam )
c) Objek
d) Pelengkap
Keterangan unsur-unsur
ini disusun dalam rentetan seperti jadual di bawah:
Kata bantu
|
Kata kerja inti
Transitif dan
tak transitif
|
Pelengkap
Objek
|
Keterangan
|
Frasa kata kerja
terdiri daripada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
i. Kata kerja
transitif
Perbuatan dalam kata
kerja transitif dilakukan oleh kata nama pelaku dan mengenai kata nama objek.
Jadi kata kerja transitif dalam frasa kerja memerlukan satu atau dua kata nama
sebagai objek.
ii. Kata kerja tak
transitif
Kata kerja tak
transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya. Semua katakerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur
keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan.
Frasa
Adjektif.
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata
intinya. Kata inti ini merupakan bahagian utama dalam susunan
frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai
predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam
predikat. Sebagai unsur keterangan,kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan
sebagai unsur penerang,kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur
penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.
Selain itu juga, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu
perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata
adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di
belakangnya.
Frasa
Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah
satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu
frasa yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah
bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara sendi nama
yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah: di, ke, dari, daripada,
pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai dan
sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan, didahului oleh kata
bantu. Binaan frasa sendi nama boleh terdiri daripada salah satu binaan yang
berikut:
1. Kata sendi nama
+ Frasa nama
2. Kata sendi nama
+ Frasa nama arah + Frasa nama
3. Kata sendi nama
+ ( kata nama arah ) + Frasa nama +
( frasa keterangan ).
Binaan
Ayat
Ayat
dasar
Ayat dasar ialah
ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat yang lain dalam
sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan
dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam suatu bahasa, namun
jika dikaji asas binaanya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya
sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah
yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa. Daripada pola-pola ayat
tersenut,terbit ayat yang lain sama ada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pendek
atau ayat panjang.
Ayat dasar terbahagi
kepada empat pola iaitu:
Pola 1 : Frasa nama +
Frasa nama ( FN + FN )
Pola 2 : Frasa nama +
Frasa kerja ( FN + FK )
Pola 3 : Frasa nama +
Frasa adjektif ( FN + FA )
Pola 4 : Frasa nama +
Frasa sendi nama ( FN + FS )
4.2 Ayat
Tunggal
Ayat tunggal
ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja, iaitu mengandungi satu
konstituen subjek dan predikat. Ayat tunggal juga terbit daripada ayat dasar.
Ayat tunggal terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek
ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang
menerangkan subjek. Misalnya, dalam ayat Ali berjalan kaki, Ali
ialah subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan manakala berjalan
kaki pula merupakan predikat yang menjadi bahagian ayat yang menerangkan
subjek tersebut. Subjek ayat dasar terdiri daripada frasa nama yang terbentuk
daripada salah satu unsur yang berikut:
· Kata nama
· Kata ganti nama
· Kata kerja yang
berfungsi sebagai kata nama
· Kata adjektif
yang berfungsi sebagai kata nama.
Ayat
majmuk ( Gabungan dan Pancangan )
Ayat majmuk ialah
ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikan
ayat baharu. Ayat majmuk boleh dikategorikan kepada tiga jenis yang utama
iaitu:
1. Ayat majmuk
gabungan
2. Ayat majmuk
pancangan
3. Ayat majmuk
campuran
Ayat
Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau
lebih yang dijadikan satu dengan menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat
tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Ayat-ayat yang
disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh
berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan ayat lain wujud oleh sebab
ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini boleh juga
disambungkan tanpa kata hubung. Apabila ini berlaku,nada suara berfungsi
sebagai penanda.
Ayat
Majmuk Pancangan
Dalam ayat majmuk
pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk. Selain itu, terdapat juga
beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk menjadi
sebahagian daripada ayat induk itu.
Terdapat tiga jenis
ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu yang ditentukan oleh cara
pembentukannya dan jenis ayat yang dipancangkan iaitu:
i. Ayat relatif
ii. Ayat komplemen
iii. Ayat
keterangan
Ragam
ayat
Ayat
aktif
Pada
dasarnya,ayat aktif mempunyai susunan yang lazim. Contohnya; Ali sedang membaca
buku , Ali merupakan subjek bagi ayat ini dan perkataan Ali ditegaskan dalam
penggunaan ayat aktif.
Ayat
Pasif
Ayat pasif pula
merupakan ayat yang susunannya telah disongsangkan. Ayat pasif kebanyakannya
digunakan dalam kehidupan seharian kita. Pembentukan ayat pasif adalah untuk
memberi penegasan kepada objek. Dalam ayat pasif, penegasan banyak diberikan
kepada objek, contohnya; buku dibaca oleh Ali. Perkataan buku ialah objek
dan ianya ditegaskan dalam penggunaan ayat pasif. Dalam ayat pasif terdapat
beberapa kategorinya iaitu:
i. Ayat pasif
orang pertama
ii. Ayat pasif
orang kedua
iii. Ayat pasif
orang ketiga.