SINTAKSIS: BIDANG KAJIAN
Urutan
Kata, Perpindahan Ayat
|
Ragam
Ayat, Jenis Ayat
|
Sintaksis
dan Aspek Tatabahasa yang Lain
|
Konsep kata dan Perpindahan Ayat
Perkataan
atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Frasa
pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama
ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama. (Lutfi Abas ,1975).
Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata
penguat dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata
adjektif seperti berikut:
(1).
Ramli sangat pandai bermain
skuasy.
(2). Maniam
itu baik
sungguh.
(3).
Kek lapis itu enak sekali.
Konsep perpindahan ayat pula adalah
berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai
bahasa. Kedudukan sesuatu perkataan atau
kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga
memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai
contoh, perbandingan antara
bahasa-bahasa di bawah:
a)
Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin)
Paulus = Paul
Mariam =Mary
vidit = melihat
Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan
–am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan
kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa
Latin tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat
Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.
b) Min aina anta ? (bahasa Arab)
Min = daripada / dari
aina = mana
anta = kamu (lelaki)
Maksud terjemahan langsung [daripada
mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa
Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu
datang dari mana?
Oleh itu ,perbezaan urutan dalam pelbagai
bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang
unik untuk dikaji dan digunakan.
Ragam
Ayat
Konsep ayat telah
pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan lain, ayat
boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu.
Seterusnya, kita akan bincangkan
tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri
daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat
aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan
sebagai judul.
Hubungan antara ayat aktif dengan
ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek
ayat berkaitan.
Contoh:
(1) Amar menendang bola itu. (ayat aktif)
(2) Bola itu
ditendang oleh Amar. (ayat pasif)
(3) Saya menendang bola itu. (ayat aktif)
(4) Bola itu saya tendang. (ayat pasif)
(5) Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang
mengalami pendepanan predikat)
(a) Ayat
aktif
Ayat aktif ialah ayat
yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang
diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada
ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah
ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau
klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif
ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak
diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Contoh :
a) Ayat Aktif Transitif
Subjek
|
Predikat
|
|
Kata Kerja
Transitif
|
Objek
|
|
(1).
Pekerja
(2).
Budin
(3).
Air mata
|
membaiki
membeli
membasahi
|
jalan itu.
buah durian.
pipinya.
|
b) Ayat Aktif Tak
Transitif
Subjek
|
Predikat
|
|
Kata Kerja Tak
Transitif
|
Objek
|
|
(1).
Kanak-kanak
(2).
Ombak
(3).
Diana
|
sedang mandi
memutih
menangis
|
di kolam itu.
di pantai Damai.
sepanjang
malam.
|
(b) Ayat Pasif
Ayat pasif ialah
ayat yang asalnya daripada ayat aktif
transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal
sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan
kepada tiga jenis iaitu:
a) Ayat pasif
dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif
dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif
dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Subjek
|
Kata
Kerja Pasif
|
Oleh
+ Frasa Nama
|
Keterangan
|
(1). Kereta itu
(2).Semak samun
|
sudah dibeli
dibersihkan
|
oleh Amin
oleh pekerja
|
minggu lepas
setiap bulan.
|
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri
pertama dan kedua
Subjek
|
Frasa
Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua
|
Keterangan
|
(1). Kereta itu
(2). Kuih itu
|
sudah saya bersihkan
belum awak makan
|
pagi tadi.
lagi.
|
iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang
hadir sebelum kata kerja
Subjek
|
Kena
|
Kata
Kerja Dasar
|
Oleh+Frasa Nama
|
(1). Rusa itu
(2). Budak itu
|
kena
kena
|
tembak
kejar
|
oleh pemburu.
oleh anjing.
|
3. Jenis Ayat
Ayat
dapat dibahagikan kepada empat jenis;
i) Ayat penyata
ii) Ayat
tanya
iii) Ayat
perintah
iv) Ayat
seruan
a) Ayat Penyata
Ayat yang
diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan
menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga
dikenali sebagai ayat keterangan.
Contoh:
(1). Saya sudah memiliki kereta baru.
(2). Dunia ini penuh dengan dugaan.
(3). Dia pandai mengawal emosinya.
b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah
ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara
dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya
atau tanpa kata tanya.
c) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah
ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah
ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua
seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.
d) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah
ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan
melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan
sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan
sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna
dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan
dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment